assalamualaikum, hai.
ehemm..
malam ni nak cerita tentang JDT. apa yang aku perasan tentang diorang ni, kalau main dalam liga M, dalam Liga Super, game lebih kurang dengan team-team lain. tapi bila main dalam game international, AFC, haa... tu dia, dia punya belang terserlah. main tahap EPL. haha.. sukati je. tengok EPL pun tak. well... yang pasti, aku berani cakaplah memang tahap antarabangsa, tahap pro. xd la memalukan team Johor. Peace!
nak cakap tentang game malam ni. dorang main laju, both team Kitchee SC and Johor DT. but, team dari sana dah bolos dua gol. aku ada terbaca komen kat page JOHOR SOUTHERN TIGERS tadi dia cakap tukar keeper Farizal dengan Izham. memandangkan aku hanya mampu menonton siaran tertunda, tapi dari apa yang aku tengok, both goals bukan salah keeper or maybe x boleh nak salahkan keeper sepenuhnya. pada aku, Kitchee main sangat laju.
x boleh nak salahkan player JDT jugak. diorang tu manusia biasa, bukannya robot. jadual diorang padat. hari Sabtu hari tu baru habis game Liga Super dengan Sime Darby. hari Ahad terus fly ke Hong Kong. KL-Hong Kong bukan dekat, kat KLIA ada yang terlelap, lepas lelah. Kat Airport sana pun sama. diorang penat. aku tau. jadi kepada lalang-lalang sekalian, harap faham keadaan pemain. most first eleven yang Bojan turunkan adalah muka yang sama dengan first eleven masa lawan Sime Darby.
pastu tentang BOS. BOS, korang dengan player memang tak boleh dipisahkan. you BOS and player are the best partner ever. walaupun dekat Hong Kong, korang tetap datang bagi sokongan kat player. korang buat macam stadium tu stadium korang. penyokong Kitchee SC krik krik je. haha... korang memang terbaik la BOS. two thumbs up for you guys. terima kasih sebab sentiasa ada dengan player time menang, seri dan kalah. terima kasih kerana terus setia sokong dorang dalam keadaan apa sekali pun. terima kasih BOS. you have my respect.
about fans, aku x takut apa fans team lain nak cakap tentang game malam ni. walaupun diorang kalah, tapi diorang tetap menang bagi aku. aku faham keadaan diorang yang terpaksa lalui banyak perlawanan dalam seminggu. sama macam team Pahang. diorang pun main jugak dalam AFC ni. so, penat tak penat diorang sendiri la yang tau. and, harap-harap fans faham la keadaan diorang. kita takkan boleh dapat semua yang kita nak. kalau nak piala Liga Super, mungkin kena lepaskan piala AFC dan sebaliknya. boleh je kalau nak menang dua-dua. kalau player larat nak hadap game yang banyak dalam seminggu tu. it's nothing impossible with hard work and efforts, right? cuma, jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. tu yang paling sedih.
apa-apa pun, biarlah haters nak cakap apa. yang penting, those yang cakap diorang fans JDT tu jangan jadi lalang. sokong masa menang, kutuk/keji/maki masa kalah. shame on you. sebab tu aku sangat-sangat salute dengan BOS. korang memang terbaik. tak tau nak cakap macam mana lagi tahap terbaik korang dalam bagi sokongan pada team. terima kasih banyak-banyak.
so, team JDT, walau apa pun yang berlaku, menang kalah adat pertandingan. jangan hirau dengan haters. yang penting, kitorang penyokong korang ni sentiasa ada dengan korang and sentiasa doakan kejayaan korang dalam karier ni. all the best for rest of the games. we love you team JDT and TMJ. kepada TMJ, terima kasih kerana telah bersusah payah untuk memartabatkan kembali bola sepak tanah air. moga Allah merahmati sekalian rakyat Johor. amin..
salam perpaduan.
#merahbiruituJohor
#luaskankuasamu
#JDTandBOSarethebestpartnerever
No comments:
Post a Comment