Monday, February 2, 2015

FAM BANGSAT DIBUNUH SAJA

FAM DAN PENYAKIT STRES!
Oleh JDT `underground' NEWS

TERKEDU seketika mereka menyaksikan Johor Darul Takzim (JDT) menumpaskan Pahang selaku pasukan pilihan dalam aksi Piala Sumbangsih 2015 malam tadi. Bukan sahaja pasukan pilihan itu ditumpaskan 2-0, malah corak permainan bertaraf antarabangsa dipamerkan Harimau Selatan membuatkan mereka menjadi sangat kecewa dan stres. Mereka stres kerana selama ini sentiasa mendabik dada dan mewar-warkan kononnya pasukan pilihan itu yang terhebat menakala JDT cuma pasukan belasahan atau `underdog'. Ternyata malam tadi membuktikan hakikat sebenar. Terbukti juga hujah JDTUN mengenai kemenangan pasukan itu selama ini atas faktor nasib dan bantuan pengadil berasas.

Akibat terlalu stres apabila kesombongan memakan diri, mereka menjadikan tifo berupa anjing yang ditujukan kepada FAM malam tadi sebagai ubat mengubat hati duka lara. Tifo bermotif sindiran itu mereka jadikan sandaran untuk mengalihkan perhatian umum daripada kemenangan bergaya JDT supaya jiwa mereka yang stres tidak bertambah stres andai kehebatan Harimau Selatan dijulang masyarakat. JDTUN akui tifo itu agak keterlaluan dan tidak bersetuju dengan kewujudannya tetapi wajar juga berfikir mengapa yang bertanggungjawab berbuat demikian. Sindiran keras itu mungkin dilakukan kerana pelbagai platform bagi menyedarkan badan induk itu diatas kejahilannya selama ini ibarat mencurah air ke daun keladi. Tifo anjing keterlaluan tetapi JDTUN percaya keterlaluan itu satu lakaran untuk mengambarkan sikap FAM yang keterlaluan tidak adil dan mementingkan wang selama ini.

Semua sedia maklum, bola sepak negara dikejutkan dengan tindakan tidak adil FAM mengenakan denda RM100,000 ke atas JDT baru-baru ini. Walhal Pahang yang turut menandatangani perjanjian dengan Gary Steven Robbat cuma dikenakan amaran sahaja. Lebih teruk FAM tidak membenarkan pemain berusia 22 tahun itu beraksi dan berlatih bersama JDT selama tiga bulan seolah-olah mahu menyekat Gary mendapat keserasian dalam pasukan. Berikutan itu JDT menghantar Gary berlatih di Jerman tetapi FAM pula meraih kredit dengan mendakwa mereka yang baik hati membenarkan Gary berlatih di negara itu.

Satu lagi isu berhubung pengagihan keuntungan RM1.26 bilion untuk tempoh 15 tahun yang bakal diperoleh FAM hasil daripada pemberian hak penyiaran kepada MP & Silva. FAM yang cuma badan induk menguruskan Liga Malaysia mengumumkan akan mengambil 40 peratus daripada keuntungan itu. Sedangkan pasukan-pasukan bola sepak yang perlu menanggung kos operasi seperti gaji pemain terpaksa berkongsi cuma 30 peratus daripada keuntungan itu.

Al-maklum, sebelum kebangkitan JDT tiada penyokong atau pasukan lain berani membantah segala tindak tanduk FAM dan cuma tahu mengangguk atau mengata dari belakang. JDTUN pasti kali ini FAM pasti begitu terasa dengan tifo itu selepas berpuluh tahun langsung tidak terasa (ambil port) dengan bantahan demi bantahan dilakukan ke atas badan induk itu. Lagipun tifo itu langsung tidak menyebut nama mana-mana sultan atau raja berbanding tindakan `haters' secara terbuka mencaci dan menghina kesultanan Johor selama ini. Oleh itu tolong jangan melebih-lebih!, Tifo itu ditujukan ke atas sesebuah organisasi, bukan ke atas mana-mana sultan atau raja di negara ini. Apa juga tindakan pihak berkuasa ke atas pelaku tifo itu wajar berkisar kepada penghinaan ke atas FAM sahaja.

Tetapi yang menghairankan, penyokong Pahang paling marah walhal tifo itu menyindir FAM, bukan pasukan mereka. Apabila JDTUN mendakwa Pahang adalah pasukan FAM mereka marah tetapi mengapa pula mereka tersangat stres dengan sindiran itu. Penyokong Pahang berasa marah mudah difahami tetapi segelintir penyokong pasukan lain turut berasa stress agak meragukan. Tiba-tiba pula mereka menyayangi FAM yang mereka kecam selama ini kerana berpuluh tahun merosakkan bola sepak negara. Cukup mudah mereka membuat pusingan U sejurus tamat aksi Piala Sumbangsih 2015 malam tadi gara-gara terlalu sakit hati atau terpesona dengan persembahan JDT. Mungkin kerana terlalu stress, sokong FAM pun FAM lah asalkan jangan kemenangan Harimau Selatan dinilai terlalu tinggi oleh masyarakat. Wujudkan isu supaya kehebatan Harimau Selatan tidak mendapat perhatian.

Apapun pasukan JDT perlu terus berhati-hati kerana aksi menarik Harimau Selatan malam tadi sedang dipantau dan dikaji berulang kali oleh pasukan-pasukan lain. Elakkan stres dan terus mencari strategi baharu dan keserasian antara pemain untuk memastikan penguasaan penuh bola sepak Johor pada tahun ini.

NOTA: JDTUN banyak solat elak stress.


#copypaste

No comments:

Post a Comment