Sunday, August 9, 2015

minggu yang membengongkan...

Assalamualaikum.

Hari ni aku nak cerita betapa huru haranya aku pada minggu ini. Tadi, salah hantar link untuk assignment sbk. Kalau link tu ada kaitan dengan assignment tu xpe jugak. Ni langsung2 x ada. Mati la nak….

Pastu Jumaat lepas, experiment biotech, boleh pulak group kitorang x buat. Satu meja tu ada dua group, so sepatutnya ada dua experiment la. Memang la experiment yang sama, tapi sebab nak dapatkan nilai purata. Ni kitorang dengan bengongnya pergi buat satu experiment satu meja. Hadoi la… kan dah kurang satu data. Maaf Cik Siti. Saya akui memang salah kami.. huhuhu…. Nak nangis je rasa. Tapi paling x leh blah yang tadi tu la. Dah la aku tunggu dari lepas subuh nak upload video tu kat youtube, tup2 salah hantar link kat lecturer. Kebangangan apekah? Makan maki je hari ni. Bengong!

Nak sangat cerita kat nahar… tapi text dia x reply. Nak citer kat Syafik segan sebab x pernah2 mengadu benda2 camni, takkan tetiba nak call semata-mata nak story benda bangang ni.

Astaghfirullahalazim… apa la nak jadi dengan aku ni.. cepat la habis study kat cni. X larat dah aku nak hadap segala test, kuiz, assignment, formula yang mengarut-ngarut ni. Sem depan x tau la macam mana agaknya.

Friday, June 19, 2015

Hari ni hari yang teruk dalam 2 hari Ramadan ni. Result sem 3 hampeh! Study ke tak study sama je. Macam tu jugak. Baik aku tak payah study. Buang masa aku. Pastu tadi turun g ‘bazaar ramadan’. Mahal nak mampus! Kuih sehiris kecik 40 sen. Beli 3 dah RM1.20. Kalau kat Johor paling-paling pun 3 seringgit. Pastu ikan sehiris RM5. Cekik darah! Tak pernah-pernah aku beli ikan sehiris dengan harga tu. Selalunya RM5 tu aku dapat nasi, ikan dengan sayur. Tu pun baru RM4.50. Tomyam ‘ayam’ RM4. Ayam pulak macam nak bagi kucing makan. Tapi lagi sikit dari tu. Pengajaran hari ni, apa yang ada dekat Johor tak ada dekat Perak walaupun itu benda yang aku perlu. Malangnya yang aku nak tu la yang tak ada, yang aku tak nak tu ada pulak. Kesimpulannya, semoga cepat aku habis belajar kat sini. Cost life tinggi tak masuk akal. Kesian kat mak aku.


Thursday, June 18, 2015

Assalamualaikum.

Selamat menyambut Ramadhan, selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam di dunia. Dah lama aku x update blog ni. Almaklum la, busy. Sem 4 ni memang gila. Isnin sampai Jumaat, penuh pagi sampai petang. Ada yang sampai pukul 5, ada yang sampai pukul 7. Yang sampai pukul 7 tu memang kes dah tak ada pilihan kecuali memang waktu tu je yang kitorang free untuk buat amali makmal. Fuhh… penat beb. Kalau x lepas maghrib, lepas Isyak, tumbang. Pastu bangun awal, study. Alang-alang qiam sekali. Haha.. untungla..

Tuesday, May 19, 2015

Assalamualaikum.

Aku ni bukan la jenis yang pandai bercerita. Dan aku tak pandai nak luahkan perasaan. I do want to talk to somebody, but when I started crying, I could never speak. It hurts though. Sekarang ni, macam2 isu yang timbul. GST, jambatan bengkok, topup. Cuma nak cakap, kerajaan sekarang penipu. Go to hell la orang nak cakap apa pun pasal aku.

Dari semalam lagi hati aku x tenteram. Bila baca tentang iluminati tu. Pastu bila share dekat group yg kononnya hanya untuk berkongsi ilmu, kena bash. Stupid. Aku bagi tu sebagai peringatan. Terpulang la ko nak percaya ke x. kalau bangang tu x payah la tunjuk sangat. Bahalol!

Pastu yang cakap aku ni macam budak2 la, x matang la. Apa masalah kau kalau aku ni x matang pun? Aku kacau hidup kau ke? Hidup kau huru hara sebab aku berperangai budak2? Ko tau x sebab apa aku buat perangai budak2? Sebab aku sesak! Aku sesak dengan keadaan dunia sekarang. Ko sedar x yang dunia kita tengah menuju kehancuran? Tu la, orang suruh bukak internet, tengok berita. Bukan la bermaksud terima bulat2 cerita fitnah media. Tapi boleh kan ambik tu sebagai pengajaran untuk peringatan pada diri sendiri yang dunia kita ni sebenarnya false peace. Cuba la bukak minda tu sikit. Jangan jadi bodoh sombong. Bodoh xpe, boleh diajar. Tapi kalau dah sombong memang jahanam hidup. Time tu jangan nak salahkan sape2 la kan kalau dah bangang tu x boleh nak buang.

And kepada yang bajet2 bagus tu, aku harap ko dapat hidayah sebelum terlambat. Ada sebab kenapa aku share benda tu. Sebab aku nak korang sume beware dengan apa yang tengah berlaku kat sekeliling kita sekarang. Jangan selesa sangat dengan keadaan sekarang. Aku tau kau semua sedar. Tapi terlalu ego untuk akui semua tu. Kan aku dah cakap, bodoh xpe, jangan bodoh sombong.

Sekian, wassalam.

Tuesday, March 17, 2015

JDT VS KITCHEE SC

assalamualaikum, hai.

ehemm..

malam ni nak cerita tentang JDT. apa yang aku perasan tentang diorang ni, kalau main dalam liga M, dalam Liga Super, game lebih kurang dengan team-team lain. tapi bila main dalam game international, AFC, haa... tu dia, dia punya belang terserlah. main tahap EPL. haha.. sukati je. tengok EPL pun tak. well... yang pasti, aku berani cakaplah memang tahap antarabangsa, tahap pro. xd la memalukan team Johor. Peace!

nak cakap tentang game malam ni. dorang main laju, both team Kitchee SC and Johor DT. but, team dari sana dah bolos dua gol. aku ada terbaca komen kat page JOHOR SOUTHERN TIGERS tadi dia cakap tukar keeper Farizal dengan Izham. memandangkan aku hanya mampu menonton siaran tertunda, tapi dari apa yang aku tengok, both goals bukan salah keeper or maybe x boleh nak salahkan keeper sepenuhnya. pada aku, Kitchee main sangat laju.

x boleh nak salahkan player JDT jugak. diorang tu manusia biasa, bukannya robot. jadual diorang padat. hari Sabtu hari tu baru habis game Liga Super dengan Sime Darby. hari Ahad terus fly ke Hong Kong. KL-Hong Kong bukan dekat, kat KLIA ada yang terlelap, lepas lelah. Kat Airport sana pun sama. diorang penat. aku tau. jadi kepada lalang-lalang sekalian, harap faham keadaan pemain. most first eleven yang Bojan turunkan adalah muka yang sama dengan first eleven masa lawan Sime Darby.

pastu tentang BOS. BOS, korang dengan player memang tak boleh dipisahkan. you BOS and player are the best partner ever. walaupun dekat Hong Kong, korang tetap datang bagi sokongan kat player. korang buat macam stadium tu stadium korang. penyokong Kitchee SC krik krik je. haha... korang memang terbaik la BOS. two thumbs up for you guys. terima kasih sebab sentiasa ada dengan player time menang, seri dan kalah. terima kasih kerana terus setia sokong dorang dalam keadaan apa sekali pun. terima kasih BOS. you have my respect.

about fans, aku x takut apa fans team lain nak cakap tentang game malam ni. walaupun diorang kalah, tapi diorang tetap menang bagi aku. aku faham keadaan diorang yang terpaksa lalui banyak perlawanan dalam seminggu. sama macam team Pahang. diorang pun main jugak dalam AFC ni. so, penat tak penat diorang sendiri la yang tau. and, harap-harap fans faham la keadaan diorang. kita takkan boleh dapat semua yang kita nak. kalau nak piala Liga Super, mungkin kena lepaskan piala AFC dan sebaliknya. boleh je kalau nak menang dua-dua. kalau player larat nak hadap game yang banyak dalam seminggu tu. it's nothing impossible with hard work and efforts, right? cuma, jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. tu yang paling sedih.

apa-apa pun, biarlah haters nak cakap apa. yang penting, those yang cakap diorang fans JDT tu jangan jadi lalang. sokong masa menang, kutuk/keji/maki masa kalah. shame on you. sebab tu aku sangat-sangat salute dengan BOS. korang memang terbaik. tak tau nak cakap macam mana lagi tahap terbaik korang dalam bagi sokongan pada team. terima kasih banyak-banyak.

so, team JDT, walau apa pun yang berlaku, menang kalah adat pertandingan. jangan hirau dengan haters. yang penting, kitorang penyokong korang ni sentiasa ada dengan korang and sentiasa doakan kejayaan korang dalam karier ni. all the best for rest of the games. we love you team JDT and TMJ. kepada TMJ, terima kasih kerana telah bersusah payah untuk memartabatkan kembali bola sepak tanah air. moga Allah merahmati sekalian rakyat Johor. amin..

salam perpaduan.

#merahbiruituJohor
#luaskankuasamu
#JDTandBOSarethebestpartnerever


Monday, February 2, 2015

FAM BANGSAT DIBUNUH SAJA

FAM DAN PENYAKIT STRES!
Oleh JDT `underground' NEWS

TERKEDU seketika mereka menyaksikan Johor Darul Takzim (JDT) menumpaskan Pahang selaku pasukan pilihan dalam aksi Piala Sumbangsih 2015 malam tadi. Bukan sahaja pasukan pilihan itu ditumpaskan 2-0, malah corak permainan bertaraf antarabangsa dipamerkan Harimau Selatan membuatkan mereka menjadi sangat kecewa dan stres. Mereka stres kerana selama ini sentiasa mendabik dada dan mewar-warkan kononnya pasukan pilihan itu yang terhebat menakala JDT cuma pasukan belasahan atau `underdog'. Ternyata malam tadi membuktikan hakikat sebenar. Terbukti juga hujah JDTUN mengenai kemenangan pasukan itu selama ini atas faktor nasib dan bantuan pengadil berasas.

Akibat terlalu stres apabila kesombongan memakan diri, mereka menjadikan tifo berupa anjing yang ditujukan kepada FAM malam tadi sebagai ubat mengubat hati duka lara. Tifo bermotif sindiran itu mereka jadikan sandaran untuk mengalihkan perhatian umum daripada kemenangan bergaya JDT supaya jiwa mereka yang stres tidak bertambah stres andai kehebatan Harimau Selatan dijulang masyarakat. JDTUN akui tifo itu agak keterlaluan dan tidak bersetuju dengan kewujudannya tetapi wajar juga berfikir mengapa yang bertanggungjawab berbuat demikian. Sindiran keras itu mungkin dilakukan kerana pelbagai platform bagi menyedarkan badan induk itu diatas kejahilannya selama ini ibarat mencurah air ke daun keladi. Tifo anjing keterlaluan tetapi JDTUN percaya keterlaluan itu satu lakaran untuk mengambarkan sikap FAM yang keterlaluan tidak adil dan mementingkan wang selama ini.

Semua sedia maklum, bola sepak negara dikejutkan dengan tindakan tidak adil FAM mengenakan denda RM100,000 ke atas JDT baru-baru ini. Walhal Pahang yang turut menandatangani perjanjian dengan Gary Steven Robbat cuma dikenakan amaran sahaja. Lebih teruk FAM tidak membenarkan pemain berusia 22 tahun itu beraksi dan berlatih bersama JDT selama tiga bulan seolah-olah mahu menyekat Gary mendapat keserasian dalam pasukan. Berikutan itu JDT menghantar Gary berlatih di Jerman tetapi FAM pula meraih kredit dengan mendakwa mereka yang baik hati membenarkan Gary berlatih di negara itu.

Satu lagi isu berhubung pengagihan keuntungan RM1.26 bilion untuk tempoh 15 tahun yang bakal diperoleh FAM hasil daripada pemberian hak penyiaran kepada MP & Silva. FAM yang cuma badan induk menguruskan Liga Malaysia mengumumkan akan mengambil 40 peratus daripada keuntungan itu. Sedangkan pasukan-pasukan bola sepak yang perlu menanggung kos operasi seperti gaji pemain terpaksa berkongsi cuma 30 peratus daripada keuntungan itu.

Al-maklum, sebelum kebangkitan JDT tiada penyokong atau pasukan lain berani membantah segala tindak tanduk FAM dan cuma tahu mengangguk atau mengata dari belakang. JDTUN pasti kali ini FAM pasti begitu terasa dengan tifo itu selepas berpuluh tahun langsung tidak terasa (ambil port) dengan bantahan demi bantahan dilakukan ke atas badan induk itu. Lagipun tifo itu langsung tidak menyebut nama mana-mana sultan atau raja berbanding tindakan `haters' secara terbuka mencaci dan menghina kesultanan Johor selama ini. Oleh itu tolong jangan melebih-lebih!, Tifo itu ditujukan ke atas sesebuah organisasi, bukan ke atas mana-mana sultan atau raja di negara ini. Apa juga tindakan pihak berkuasa ke atas pelaku tifo itu wajar berkisar kepada penghinaan ke atas FAM sahaja.

Tetapi yang menghairankan, penyokong Pahang paling marah walhal tifo itu menyindir FAM, bukan pasukan mereka. Apabila JDTUN mendakwa Pahang adalah pasukan FAM mereka marah tetapi mengapa pula mereka tersangat stres dengan sindiran itu. Penyokong Pahang berasa marah mudah difahami tetapi segelintir penyokong pasukan lain turut berasa stress agak meragukan. Tiba-tiba pula mereka menyayangi FAM yang mereka kecam selama ini kerana berpuluh tahun merosakkan bola sepak negara. Cukup mudah mereka membuat pusingan U sejurus tamat aksi Piala Sumbangsih 2015 malam tadi gara-gara terlalu sakit hati atau terpesona dengan persembahan JDT. Mungkin kerana terlalu stress, sokong FAM pun FAM lah asalkan jangan kemenangan Harimau Selatan dinilai terlalu tinggi oleh masyarakat. Wujudkan isu supaya kehebatan Harimau Selatan tidak mendapat perhatian.

Apapun pasukan JDT perlu terus berhati-hati kerana aksi menarik Harimau Selatan malam tadi sedang dipantau dan dikaji berulang kali oleh pasukan-pasukan lain. Elakkan stres dan terus mencari strategi baharu dan keserasian antara pemain untuk memastikan penguasaan penuh bola sepak Johor pada tahun ini.

NOTA: JDTUN banyak solat elak stress.


#copypaste

Tuesday, January 13, 2015

Kpop bukan masalahnya....

Hai, assalamualaikum. Dah lama x update, dah berabuk bersarang blog aku ni. 

Ok, x nak membebel panjang2, kali ni nak citer pasal kpop n budak melayu berhijab. Aku tengok video tu, ya rabbi... x pernah aku rasa sakit hati macam ni. I am not a kpoper, but in this situation, aku sangat x setuju dengan mereka2 yg menyalahkan artis2 kpop berkenaan. hal ini kerana, (dah macam buat karangan spm la plak) pada aku, dorang memang x salah. Pempuan2 tu yg bengong merelakan diri dipeluk, dicium. Aku x sanggup nak tengok video tu sampai habis. aku yg tengok, aku yg malu.

Memang la semua orang buat salah. Tapi masalahnya, dah la kau berhijab, pastu bleh plak buat drama kat atas pentas macam tu. Ya Allah... sungguh memalukan. Aku x pernah rasa tercabar sampai macam ni sekali. First time aku tengok video tu, panassss je hati ni. Before ni aku x pernah ambik kesah pun pasal kpop ni. Sebab aku x minat dan memang x nak ambik kisah pun. Ini la kali pertama aku back up dorg. Sebab pada aku dorang memang x salah. 

Mungkin dorang x tau budaya kita. Tapi dalam kenyataan pihak2 berkenaan, dorang cakap yang artis2 tu dah tanya, boleh x nak buat macam tu. N dorang yg bagi kebenaran. So nak cakap apa lagi kan? sudah terang lagikan bersuluh.  Pastu tetibe je nak ban kpop? apekah????? aku bukanlah nak galakkan Malaysia ni teruskan benda2 camni. Cuma, kalau nak salahkan pihak penganjur 100% memang aku x setuju. Yes, memang betul, apa yg berlaku adalah di luar kawalan mereka. Kalau betul before konsert start diorang dah diberi penjelasan, n sebelum semua tu berlaku pun diorang dah tanya, so memang jelas la siapa yang salah dalam hal ni kan. kalau korang tanya aku memang aku salahkan perempuan2 tu je. kebangangan terserlah. sakit hati, macam nak tampar2 je diorang tu. bukannya dorang tu budak2 lagi yg masih x boleh nak bezakan yang mana salah yang mana betul. 

Pada aku, kalau nak ban artis2 kpop tu dari negara ni, itu mustahil. Satu, sebab dorang memang ramai peminat kat sini. Bukan sebab aku nak sokong diorang, tapi pada aku itu x adil sebab bukan salah diorang pun. Kalau dah perempuan ko tadah kat lelaki macam tu, it can happen not only to the artist, anybody yg bergelar lelaki kat dunia ni, bukan kpop je. Sama jugak pada artis2 lain x kira la dari negara mana sekalipun. Aku pun minat jugak jpop, tapi asal tau had, pandai jaga batas takkan ada masalah macam ni. 

Pandangan yang lain pun betul jugak. Kalau pasal artis kpop peluk perempuan melayu ni satu dunia nak kecoh sampai nak ban bagai, why not kita betulkan dari dalam. Dalam filem kita pun banyak je benda2 macam ni. Pakej, suami orang peluk isteri orang. Mungkin kita x perasan benda ni sebab dah menjadi satu kebiasaan, tapi bila dah jadi macam ni, baru kita sedar macam mana rosak akhlak anak melayu kita. Kalau yang kena peluk, cium artis kpop tu perlu bertaubat, yang memang terang2 peluk, cium isteri, suami orang atas tiket lakonan tu x perlu bertaubat ke? Wake up Malaya.
         
Lastly, aku harap benda2 macam ni xkan berulang lagi la. Aku pun manusia biasa yg tak lepas dari buat salah. Mungkin ada jugak salah aku yg aku x perasan. Yelah, selagi bernama manusia, mana ada x buat silap. Aku harap, dalam aku minat Bunkface, Arashi, aku masih boleh kawal diri supaya jangan terlalu taksub dengan benda2 ni semua. Budak2 perempuan tu pun manusia biasa. Mungkin hari ni hari diorang, esok lusa mungkin hari aku? mintak dijauhkan. Ambil iktibar  dan pengajaran daripada semua benda yang dah berlaku. Teringin nak hidup dalam suasana Islam yang sebenar. Kan bagus kalau hudud dilaksanakan kat Malaysia ni. mesti aman damai je sentiasa.

Sekian, wassalam.

p/s: kepada Bunkface dan Amy Search, buat yang terbaik dalam final AJL Ahad nanti. You guys are the best. Ganbattekudasai!