Thursday, July 17, 2014

Pray For Malaysia's Safety

Bismillahirrahmanirrahim dan assalamualaikum..

Semalam, Malaysia dikejutkan lagi dengan berita pesawat MAS terhempas. Sedih, aku betul2 sedih dan terkejut. Terkejut sebab pesawat tu ditembak militan. Aku tak tau apa yang berlaku antara Rusia dan Ukraine tapi aku aku sangat-sangat sedih sebab tak pasal-pasal Malaysia yang jadi mangsa. Dah la pasal MH370 tu tak selesai lagi. Ni dah tambah lagi satu. Apa yang Allah nak tunjuk pada kita sebenarnya?

Semalam, aku baru balik dari ceramah. Biasalah kolej buat aktiviti yang mewajibkan semua penghuni terlibat. Balik tu aku macam biasa la terus on laptop, facebook. First post yang aku baca dari Bunkface dorang cakap pasal MH17. Aku ingat dorang typo ke nak cakap pasal MH370. Aku skrol bawah lagi, lagi banyak pasal MH17 dari astro awani, sinar harian, dan semua akhbar n tv lah senang citer. Baru aku sedar yang satu lagi pesawat MAS terlibat nahas. Sedih bukan kepalang beb. Memang xd sape2 ahli keluaga aku dalam pesawat tu tapi aku sedih bila Malaysia dan MAS sekali lagi menjadi mangsa yang melibatkan orang awam antarabangsa. Makin susah MAS nak naikkan semula imej dorang.

Imej MAS mungkin isu kedua. Tapi yang paling aku risaukan sekarang ni, kalau betul Malaysia dijadikan kambing hitam antara kuasa-kuasa besar dunia yang tengah bergaduh sekarang ni. Tak pasal-pasal Malaysia diheret sekali. Kes MH370 tu, antara Amerika dan China. MH17 ni, antara Rusia dan Amerika. Aku tak nak ulas panjang tentang hal ni sebab aku sendiri tak tau hal sebenar jadi aku tak nak sebarkan spekulasi mengarut kat mana2 laman sosial yang aku ada. Aku harap semua spekulasi tu tak betul.

Mungkin Allah Cuma nak tunjuk pada kita yang Dia masih sayangkan kita. Kita pun tau kan yang Malaysia ni terlalu banyak hiburan, maksiat. Nama aje negara Islam tapi berapa ramai sangat yang betul2 hidup dalam cara Islam. Mungkin ini cara Allah nak tegur kita. Tetaplah bersangka baik pada Dia sebab Allah tu Maha Merancang dan rancangan Dia adalah yang terbaik. Teruslah berdoa wahai rakyat Malaysia kerana sesungguhnya doa itu senjata mukmin. Dengan doalah kita akan lebih dekat pada Yang Maha Kuasa. Semoga kita semua berada dalam lindungan rahmat-Nya.

 Ya Allah, Engkaulah Tuhan Yang Maha Mengetahui atas segalanya. Aku memohon perlindungan kepada-Mu ya Allah untuk Malaysia, tanah air tercinta ini. Engkaulah Tuhan yang Maha Memberi Perlindungan. Lindungilah kami dari segala macam bencana dunia. Ampunkan dosa-dosa kami, dosa-dosa mereka yang telah kembali kepada-Mu semuanya. Berikan kami kekuatan untuk menghadapi segala ujian dan dugaan dari-Mu. Engkau tidak zalim ya Allah. Engkau tidak akan sekali-kali menurunkan ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hamba-hamba-Mu. Oleh itu ya Allah, berilah kami kekuatan untuk menghadapi semua ini, sematkan keberanian dalam hati-hati kami untuk berdepan dengan para musuh. Selamatkanlah negara ini dari sebarang bencana peperangan. Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar dan Maha Memakbulkan doa.
Amin..

No comments:

Post a Comment