Bismillahirrahmanirrahim dan assalamualaikum..
Semalam, Malaysia dikejutkan lagi dengan berita pesawat MAS
terhempas. Sedih, aku betul2 sedih dan terkejut. Terkejut sebab pesawat tu
ditembak militan. Aku tak tau apa yang berlaku antara Rusia dan Ukraine tapi
aku aku sangat-sangat sedih sebab tak pasal-pasal Malaysia yang jadi mangsa. Dah
la pasal MH370 tu tak selesai lagi. Ni dah tambah lagi satu. Apa yang Allah nak
tunjuk pada kita sebenarnya?
Semalam, aku baru balik dari ceramah. Biasalah kolej buat aktiviti
yang mewajibkan semua penghuni terlibat. Balik tu aku macam biasa la terus on
laptop, facebook. First post yang aku baca dari Bunkface dorang cakap pasal
MH17. Aku ingat dorang typo ke nak cakap pasal MH370. Aku skrol bawah lagi,
lagi banyak pasal MH17 dari astro awani, sinar harian, dan semua akhbar n tv
lah senang citer. Baru aku sedar yang satu lagi pesawat MAS terlibat nahas. Sedih
bukan kepalang beb. Memang xd sape2 ahli keluaga aku dalam pesawat tu tapi aku
sedih bila Malaysia dan MAS sekali lagi menjadi mangsa yang melibatkan orang
awam antarabangsa. Makin susah MAS nak naikkan semula imej dorang.
Imej MAS mungkin isu kedua. Tapi yang paling aku risaukan sekarang
ni, kalau betul Malaysia dijadikan kambing hitam antara kuasa-kuasa besar dunia
yang tengah bergaduh sekarang ni. Tak pasal-pasal Malaysia diheret sekali. Kes MH370
tu, antara Amerika dan China. MH17 ni, antara Rusia dan Amerika. Aku tak nak
ulas panjang tentang hal ni sebab aku sendiri tak tau hal sebenar jadi aku tak
nak sebarkan spekulasi mengarut kat mana2 laman sosial yang aku ada. Aku harap
semua spekulasi tu tak betul.
Mungkin Allah Cuma nak tunjuk pada kita yang Dia masih sayangkan
kita. Kita pun tau kan yang Malaysia ni terlalu banyak hiburan, maksiat. Nama aje
negara Islam tapi berapa ramai sangat yang betul2 hidup dalam cara Islam. Mungkin
ini cara Allah nak tegur kita. Tetaplah bersangka baik pada Dia sebab Allah tu
Maha Merancang dan rancangan Dia adalah yang terbaik. Teruslah berdoa wahai
rakyat Malaysia kerana sesungguhnya doa itu senjata mukmin. Dengan doalah kita
akan lebih dekat pada Yang Maha Kuasa. Semoga kita semua berada dalam lindungan
rahmat-Nya.
Ya Allah, Engkaulah Tuhan Yang Maha Mengetahui
atas segalanya. Aku memohon perlindungan kepada-Mu ya Allah untuk Malaysia,
tanah air tercinta ini. Engkaulah Tuhan yang Maha Memberi Perlindungan. Lindungilah
kami dari segala macam bencana dunia. Ampunkan dosa-dosa kami, dosa-dosa mereka
yang telah kembali kepada-Mu semuanya. Berikan kami kekuatan untuk menghadapi segala
ujian dan dugaan dari-Mu. Engkau tidak zalim ya Allah. Engkau tidak akan
sekali-kali menurunkan ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hamba-hamba-Mu. Oleh
itu ya Allah, berilah kami kekuatan untuk menghadapi semua ini, sematkan keberanian
dalam hati-hati kami untuk berdepan dengan para musuh. Selamatkanlah negara ini
dari sebarang bencana peperangan. Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar dan Maha
Memakbulkan doa.
Amin..