Wednesday, August 6, 2014

kenapa?

Mse skola rendah, ada Nahar, Fatin, Rashiah, Azmah, Hafiz, Izam, Fareez, Azam, Zainul…
Mse skola menengah, ada Wawa, Ieka, Nisa, Nadia, Atul, Aiza, Ain, Puyi, Cadot, dll. Ada Epul, Fattah, Kisei, Bad, dll.
Makin ramai kawan, makin susah aku nak berdiri sendiri. Daripada 15, tambah 150. Bila ditinggal sendiri, aku lemas, hanyut, terkapai-kapai sorang diri. Mampu ke aku?
Boleh ke aku nak jadi macam dulu?
Belajar segala-galanya dari 0. Dari mula2 nak kenal alif, ba, ta. Makin bertambah kawan, makin susah aku nak berkawan. Kenapa jadi macam tu?
Kau tau, tapi kau jugak tak tau.
Kenapa susah sangat untuk aku luahkan apa yang ada dalam hati, dalam fikiran?
Kenapa susah sangat untuk aku bersuara?
Kenapa susah sangat aku nak berterus terang?



Sunday, August 3, 2014

anugerah Syawal, seindah Ramadhan

Ok, xd kena mengena pun dengan Bunkface.. Jangan salah faham ea even aku peminat tegar dorang.. =)

Post kali ni lebih kepada ucapan untuk sahabat lama aku. x tau la sahabat atau ‘sahabat’. Hehe.. jangan tanya lebih-lebih! Aku backhand karang baru kau tau apa tu penyesalan. Helleh! Konon nak ikut gaya KL Gangster la tu.. haha.. okay, cukup.

Aku nak ucap selamat hari raya untuk seluruh umat Islam yang mengenali diri ini. Especially my family n friends. Mintak maaf luar dalam. Tau, aku banyak dosa ngan korang. Untuk kawan-kawan sekolah rendah, selamat raya..

Sebenarnya, aku rasa bersalah sangat ngan kau, sahabat. Dah la aku tak datang umah kau, tapi kau bagi gak aku duit raya.. banyak pulak tuh! Aku mintak maaf sangat-sangat! Hari Sabtu tu aku betul-betul tak sempat. Aku ingat pergi rumah mak cik aku tu sekejap je.. sampai kol 3 camtu. Tapi kakak aku pulak ambik kitorang pukul 5. So, memang tak sempat nak datang. Pegi umah kau takkan 5 minit je kan.. salah aku jugak sebab x gitau awal-awal kat kakak aku nak gi raya.. sudahnya, bukan setakat rumah kau je aku x pergi.. aku mintak maaf sangat-sangat.

Aku nak kau tau, aku sayang sangat kat kau.. yes, kita member dari tadika. Not only you, kawan-kawan kita yang lain pun ada gak. Tapi kau la kawan yang paling rapat, paling faham aku. aku banyak hutang dengan kau. Aku mintak maaf sebab x mampu jadi sahabat sebaik kau. Tapi dalam hati aku, sejujurnya, kaulah sahabat aku yang paling istimewa. Even aku tak pernah cakap depan-depan, tapi itulah yang ada dalam hati aku. betul, aku lebihkan kau dari kawan-kawan kita yang lain dalam banyak hal. Even kau tak tau dan aku rasa kau tak perlu tau. Sebab pada aku, kau memang sahabat aku. aku sayang kau sangat-sangat.. aku sayang kau lebih dari kawan-kawan kita yang lain.

Pada kau sahabat, salam lebaran, aku mohon kau ampunkan segala salah silap aku sepanjang kita berkawan. Aku harap, persahabatan ni akan terus berkekalan sampai hujung nyawa kita. Aku sayang kau sangat-sangat. =) =)



Thursday, July 17, 2014

Pray For Malaysia's Safety

Bismillahirrahmanirrahim dan assalamualaikum..

Semalam, Malaysia dikejutkan lagi dengan berita pesawat MAS terhempas. Sedih, aku betul2 sedih dan terkejut. Terkejut sebab pesawat tu ditembak militan. Aku tak tau apa yang berlaku antara Rusia dan Ukraine tapi aku aku sangat-sangat sedih sebab tak pasal-pasal Malaysia yang jadi mangsa. Dah la pasal MH370 tu tak selesai lagi. Ni dah tambah lagi satu. Apa yang Allah nak tunjuk pada kita sebenarnya?

Semalam, aku baru balik dari ceramah. Biasalah kolej buat aktiviti yang mewajibkan semua penghuni terlibat. Balik tu aku macam biasa la terus on laptop, facebook. First post yang aku baca dari Bunkface dorang cakap pasal MH17. Aku ingat dorang typo ke nak cakap pasal MH370. Aku skrol bawah lagi, lagi banyak pasal MH17 dari astro awani, sinar harian, dan semua akhbar n tv lah senang citer. Baru aku sedar yang satu lagi pesawat MAS terlibat nahas. Sedih bukan kepalang beb. Memang xd sape2 ahli keluaga aku dalam pesawat tu tapi aku sedih bila Malaysia dan MAS sekali lagi menjadi mangsa yang melibatkan orang awam antarabangsa. Makin susah MAS nak naikkan semula imej dorang.

Imej MAS mungkin isu kedua. Tapi yang paling aku risaukan sekarang ni, kalau betul Malaysia dijadikan kambing hitam antara kuasa-kuasa besar dunia yang tengah bergaduh sekarang ni. Tak pasal-pasal Malaysia diheret sekali. Kes MH370 tu, antara Amerika dan China. MH17 ni, antara Rusia dan Amerika. Aku tak nak ulas panjang tentang hal ni sebab aku sendiri tak tau hal sebenar jadi aku tak nak sebarkan spekulasi mengarut kat mana2 laman sosial yang aku ada. Aku harap semua spekulasi tu tak betul.

Mungkin Allah Cuma nak tunjuk pada kita yang Dia masih sayangkan kita. Kita pun tau kan yang Malaysia ni terlalu banyak hiburan, maksiat. Nama aje negara Islam tapi berapa ramai sangat yang betul2 hidup dalam cara Islam. Mungkin ini cara Allah nak tegur kita. Tetaplah bersangka baik pada Dia sebab Allah tu Maha Merancang dan rancangan Dia adalah yang terbaik. Teruslah berdoa wahai rakyat Malaysia kerana sesungguhnya doa itu senjata mukmin. Dengan doalah kita akan lebih dekat pada Yang Maha Kuasa. Semoga kita semua berada dalam lindungan rahmat-Nya.

 Ya Allah, Engkaulah Tuhan Yang Maha Mengetahui atas segalanya. Aku memohon perlindungan kepada-Mu ya Allah untuk Malaysia, tanah air tercinta ini. Engkaulah Tuhan yang Maha Memberi Perlindungan. Lindungilah kami dari segala macam bencana dunia. Ampunkan dosa-dosa kami, dosa-dosa mereka yang telah kembali kepada-Mu semuanya. Berikan kami kekuatan untuk menghadapi segala ujian dan dugaan dari-Mu. Engkau tidak zalim ya Allah. Engkau tidak akan sekali-kali menurunkan ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hamba-hamba-Mu. Oleh itu ya Allah, berilah kami kekuatan untuk menghadapi semua ini, sematkan keberanian dalam hati-hati kami untuk berdepan dengan para musuh. Selamatkanlah negara ini dari sebarang bencana peperangan. Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar dan Maha Memakbulkan doa.
Amin..

Monday, July 14, 2014

situasi - my most favourite song

Diskriminasi menjatuhkan aku
Reputasi kini menjadi bisu
Dan aku, ku layu
Oh oh oh
Di situ mengharapkan sesuatu yang baru
Itulah impian aku…

Dan bila kau menghilang
Musnahlah, musnah impian
Tuk menggapai bintang
Terangi hidupku
Kumahu kau tahu
Engkaulah destinasiku
Dalam ingatanku

Kerna diri ini tak daya lagi
Menempuh hidup yang kutemui
Dan aku, ku tunggu
Di situ mengharapkan sesuatu yang baru
Itulah impian aku

Dan  bila kau menghilang
Musnahlah, musnah impian
Tuk menggapai bintang
Terangi hidupku
Kumahu kau tahu
Engkaulah destinasiku
Dalam ingatanku
Whoah…



cuma nak meluahkan perasaan...

Boringnya malam-malam macam ni…

Tengah dok dengar lagu situasi. Diulang- ulang main buat aku rasa rindu sangat kat dorang. Terasa macam nak p jamming la ni gak main lagu tu. Tapi, aku tak reti pun main any musical instrument. Sedih kejap… ni la lagu first yang memperkenalkan aku kepada bunkface. Tapi masa tu aku belum jadi bunker lagi. Just minat gitu-gitu je kat lagu ni. biasa la, minat lagu.. bukan minat artis.

Rasa seronok dengar lagu ni.. mencetuskan semangat gitu… haha… tapi tak tipu la. Lagu ni memang legend. Masa aku mula-mula masuk SAKTI dulu pun, fivers kitorang time tu memang minat giler ngan bunkface. Lagu situasi ni dah takyah citer r of course menjadi halwa telinga pada setiap masa. Tapi dari dorang jugak la baru aku tau lagu-lagu bunkface yang lain. Macam bunk anthem, silly lilly dan len2. Havoc giler kot time tu dengan band ni.. hari2 dengar lagu dorang je..

Rindu.. rindu sangat2. Aku pun tak tau apa yang aku dok rindukan ni. mungkin rindu masa-masa silam. Biasalah tu… Cuma aku nak cakap kat sini, aku sangat2 sayangkan bunkface. Jangan tanya kenapa sebab aku sendiri tak tau sebabnya. Aku cuma suka dorang, lagu2 dorang, cara dorang communicate dengan bunkers, perangai selamba, nakal. Normal la lelaki lau tak nakal x best r.. kan???

Pape je la.. aku pun tak tau nak tulis apa sebenarnya. Cuma nak cakap tu je.. aku sangat2 rindukan bunkface. Bunkface yang dulu, masa dorang masih adik-adik. Sekarang dorang dah jadi abang long.. dah tak leh men2 da… haha… pepandai aku je.

Lantak la pape pun… I love u bunkface.
I love u bunkers. I love u all so much.

Assalamualaikum…

Friday, July 11, 2014

Pray For Gaza

Bismillahirrahmanirrahim…
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Semua orang ada masalah. Aku pun ada masalah. Mungkin semua orang boleh tau masalah kita tapi tak semua orang boleh faham masalah kita. Lebih-lebih lagi orang-orang yang tak pernah mengalami masalah tu. Cuma aku nak pesan, kalau ada masalah dan rasa macam tak ada sapa kita boleh mintak tolong, ingatlah, Allah sentiasa ada. Allah tak pernah tinggalkan kita tapi kita yang selalu lupa pada Dia. mungkin, kita malu nak cari Dia masa kita ada masalah tu, tapi, ingatlah yang rahmat Allah tu sangat besar. Allah tu Maha Penyayang. Aku saje je cakap macam ni sebab teringatkan kisah tu. Pasal apa korang tak payah la tau. Cuma kat sini aku nak citer, time aku dilanda masalah berkenaan, aku rasa sangatlah keseorangan, rasa tak ada sapa-sapa yang boleh tolong aku dan sangat bergantung harap pada kawan-kawan aku. aku selalu salahkan Tuhan atas apa berlaku. Cakap Dia tak adil, selalu sangat persoalkan, kenapa aku yang Dia pilih? Tapi kawan-kawan aku selalu nasihatkan aku, berdoalah pada Dia. bukan aku tak nak berdoa pada Dia, tapi aku rasa malu sebab aku Cuma cari Dia masa aku susah. Hamba jenis apa aku ni? Ternyata aku silap, sepatutnya, ujian itulah yang mendekatkan aku pada Yang Maha Esa. Tapi apa yang berlaku pada aku adalah sebaliknya. Sebab aku terlalu bodoh dalam menilai kehidupan. Aku dah sia-siakan peluang yang aku ada dulu.

Aku harap kali ni aku lebih adil pada diri sendiri. Aku nak perbaiki diri. Aku tak nak sapa-sapa lagi rampas kebahagiaan hidup aku. mungkin susah, tapi bukan mustahil. Dan sekarang aku berjanji pada diri sendiri untuk menjadi lebih baik daripada aku yang dulu. Aku akan lebih positif sebab aku tengok kawan-kawan aku semua happy sebab dorang sentiasa positif. Aku dah tak nak jadi macam dulu lagi. Aku perlu yakin yang Allah sentiasa ada dengan aku dan sedia mendengar semua luahan hati aku. aku perlu jadikan Dia yang utama, Dia yang perlu dijadikan batu sandaran, bukan manusia. Manusia hanya alat, walhal Dialah yang menentukan segala-galanya.


Ya Allah, selamatkanlah saudara-saudaraku di Palestin, kuatkanlah semangat mereka untuk melawan musuh-musuhMu. Berilah mereka kekuatan. Lemahkanlah musuh-musuhMu. Limpahkanlah rahmatMu di bumi bertuah itu. Tempatkanlah mereka di dalam FirdausMu pada hari pembalasan nanti. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.     

Friday, July 4, 2014

Epul bagi tau Akmal accident. Ya Allah, tabahkan dia. Dia kawan kami. Dia dah tak ada ibu bapa. Selamatkan dia. Dia kawan kami… aku sayang kawan-kawan aku ya Allah. Satukan hati kami. Berilah petunjuk kepada kami. Jangan tinggalkan kami sendiri di dunia ini. Ampunilah dosa-dosa kami. Rahmatilah hidup kami dan kedua ibu bapa kami di dunia ini. Tempatkanlah ibu bapa kami di dalam syurgaMu bersama hamba-hambaMu yang soleh ya Rabb. Amin ya rabbalalamin..  

Tuesday, July 1, 2014

Doakan aku...

Aku rindu masa-masa silam kat SAKTI.
Betul, tahun akhir yang sangat memeritkan bagi kitorang semua tapi meninggalkan kenangan paling manis untuk diingati. Aku sayang dorang semua. Sekarang pun semua dah bawak haluan masing-masing. Seronok tengok dorang yang dapat satu uni, satu matrik. Bak kata Black, 'takkan terpisah'. Semua yang pernah berlaku pasti ada hikmahnya. Sama ada perkara tu baik atau buruk. Aku sayangkan semua orang yang ada kat sekeliling aku. Betul, aku seorang yang pasif, tapi bukan bermakna yang aku sombong. Aku cuma tak berapa pandai berkawan dan beramah mesra dengan orang kat keliling aku. Okay, just forget about it.

Actually, aku masih tak dapat lupakan apa yang berlaku tahun lepas. If just my friends are not there, I don’t know what will happen to me right now. There are times when strangers are like family, and family are like strangers. Aku bukan ketepikan keluarga aku, tak. Langsung tak. Kawan-kawan dan keluarga, dua-dua pun sangat-sangat penting bagi aku. Banyak benda yang berlaku masa kat SAKTI dulu yang sampai sekarang parents aku tak tau. Nak tunggu aku bagi tau, memang haram la kalau benda tu tak penting.

Wawa, Ika, Nisa, Nadia, Puyi, Fattah, Najmi, Epul, Haziq, Bad n all.. thanks for all your support. Sampai bila-bila pun aku takkan lupa semua pertolongan yang korang dah bagi kat aku. Sekarang, takde sape pun yang tau perkara tu melainkan korang semua. Sekarang aku kena belajar hidup berdikari, tak boleh nak mengharapkan korang semua lagi. Even though it will be tough for me, but I’ll try my best. Especially for you, Fattah. Sorry sangat-sangat sebab dah banyak menyusahkan kau dulu. Korang, doakan aku. He is still looking for me. Aku tak tau sampai bila, tapi aku harap dia akan give up.

Saturday, March 15, 2014

Saifudin a.k.a Laksamana Sunan.

Aku dah baca preview novel2 RAM tentang Laksamana Sunan. Bila dah baca tu, aku fikir, 'jangan la tamatkan cerita ni...' sebab cerita tentang Saifudin ni macam satu perjalanan kehidupan dari mula dilahirkan sampai maut menjemput. ceh, konon nak ikut stail bahasa cerita tu kot. haha..  watak tu betul2 hidup. Tahniah Ramlee Awang Murshid! =)