FAM DAN PENYAKIT STRES!
Oleh JDT `underground' NEWS
TERKEDU seketika mereka menyaksikan Johor Darul Takzim (JDT) menumpaskan Pahang selaku pasukan pilihan dalam aksi Piala Sumbangsih 2015 malam tadi. Bukan sahaja pasukan pilihan itu ditumpaskan 2-0, malah corak permainan bertaraf antarabangsa dipamerkan Harimau Selatan membuatkan mereka menjadi sangat kecewa dan stres. Mereka stres kerana selama ini sentiasa mendabik dada dan mewar-warkan kononnya pasukan pilihan itu yang terhebat menakala JDT cuma pasukan belasahan atau `underdog'. Ternyata malam tadi membuktikan hakikat sebenar. Terbukti juga hujah JDTUN mengenai kemenangan pasukan itu selama ini atas faktor nasib dan bantuan pengadil berasas.
Akibat terlalu stres apabila kesombongan memakan diri,
mereka menjadikan tifo berupa anjing yang ditujukan kepada FAM malam tadi
sebagai ubat mengubat hati duka lara. Tifo bermotif sindiran itu mereka
jadikan sandaran untuk mengalihkan perhatian umum daripada kemenangan bergaya
JDT supaya jiwa mereka yang stres tidak bertambah stres andai kehebatan Harimau
Selatan dijulang masyarakat. JDTUN akui tifo itu agak keterlaluan dan
tidak bersetuju dengan kewujudannya tetapi wajar juga berfikir mengapa yang
bertanggungjawab berbuat demikian. Sindiran
keras itu mungkin dilakukan kerana pelbagai platform bagi menyedarkan badan
induk itu diatas kejahilannya selama ini ibarat mencurah air ke daun keladi.
Tifo anjing keterlaluan tetapi JDTUN percaya keterlaluan itu satu lakaran untuk
mengambarkan sikap FAM yang keterlaluan tidak adil dan mementingkan wang selama
ini.
Semua sedia maklum, bola sepak negara dikejutkan dengan
tindakan tidak adil FAM mengenakan denda RM100,000 ke atas JDT baru-baru ini.
Walhal Pahang yang turut menandatangani perjanjian dengan Gary Steven Robbat
cuma dikenakan amaran sahaja. Lebih
teruk FAM tidak membenarkan pemain berusia 22 tahun itu beraksi dan berlatih
bersama JDT selama tiga bulan seolah-olah mahu menyekat Gary mendapat
keserasian dalam pasukan. Berikutan
itu JDT menghantar Gary berlatih di Jerman tetapi FAM pula meraih kredit dengan
mendakwa mereka yang baik hati membenarkan Gary berlatih di negara itu.
Satu lagi isu berhubung pengagihan keuntungan RM1.26 bilion
untuk tempoh 15 tahun yang bakal diperoleh FAM hasil daripada pemberian hak
penyiaran kepada MP & Silva. FAM
yang cuma badan induk menguruskan Liga Malaysia mengumumkan akan mengambil 40
peratus daripada keuntungan itu. Sedangkan pasukan-pasukan bola sepak
yang perlu menanggung kos operasi seperti gaji pemain terpaksa berkongsi cuma
30 peratus daripada keuntungan itu.
Al-maklum,
sebelum kebangkitan JDT tiada penyokong atau pasukan lain berani membantah
segala tindak tanduk FAM dan cuma tahu mengangguk atau mengata dari belakang.
JDTUN pasti kali ini FAM pasti begitu terasa dengan tifo itu selepas berpuluh
tahun langsung tidak terasa (ambil port) dengan bantahan demi bantahan
dilakukan ke atas badan induk itu. Lagipun
tifo itu langsung tidak menyebut nama mana-mana sultan atau raja berbanding
tindakan `haters' secara terbuka mencaci dan menghina kesultanan Johor selama
ini. Oleh itu tolong jangan melebih-lebih!, Tifo itu ditujukan ke atas
sesebuah organisasi, bukan ke atas mana-mana sultan atau raja di negara ini.
Apa juga tindakan pihak berkuasa ke atas pelaku tifo itu wajar berkisar kepada
penghinaan ke atas FAM sahaja.
Tetapi
yang menghairankan, penyokong Pahang paling marah walhal tifo itu menyindir
FAM, bukan pasukan mereka. Apabila JDTUN mendakwa Pahang adalah pasukan
FAM mereka marah tetapi mengapa pula mereka tersangat stres dengan sindiran itu.
Penyokong Pahang berasa marah mudah difahami tetapi segelintir penyokong
pasukan lain turut berasa stress agak meragukan. Tiba-tiba pula mereka
menyayangi FAM yang mereka kecam selama ini kerana berpuluh tahun merosakkan
bola sepak negara. Cukup mudah mereka membuat pusingan U sejurus tamat
aksi Piala Sumbangsih 2015 malam tadi gara-gara terlalu sakit hati atau
terpesona dengan persembahan JDT. Mungkin kerana terlalu stress, sokong
FAM pun FAM lah asalkan jangan kemenangan Harimau Selatan dinilai terlalu
tinggi oleh masyarakat. Wujudkan isu supaya kehebatan Harimau Selatan
tidak mendapat perhatian.
Apapun
pasukan JDT perlu terus berhati-hati kerana aksi menarik Harimau Selatan malam
tadi sedang dipantau dan dikaji berulang kali oleh pasukan-pasukan lain.
Elakkan stres dan terus mencari strategi baharu dan keserasian antara pemain
untuk memastikan penguasaan penuh bola sepak Johor pada tahun ini.
NOTA: JDTUN banyak solat elak stress.
#copypaste