Friday, June 19, 2015

Hari ni hari yang teruk dalam 2 hari Ramadan ni. Result sem 3 hampeh! Study ke tak study sama je. Macam tu jugak. Baik aku tak payah study. Buang masa aku. Pastu tadi turun g ‘bazaar ramadan’. Mahal nak mampus! Kuih sehiris kecik 40 sen. Beli 3 dah RM1.20. Kalau kat Johor paling-paling pun 3 seringgit. Pastu ikan sehiris RM5. Cekik darah! Tak pernah-pernah aku beli ikan sehiris dengan harga tu. Selalunya RM5 tu aku dapat nasi, ikan dengan sayur. Tu pun baru RM4.50. Tomyam ‘ayam’ RM4. Ayam pulak macam nak bagi kucing makan. Tapi lagi sikit dari tu. Pengajaran hari ni, apa yang ada dekat Johor tak ada dekat Perak walaupun itu benda yang aku perlu. Malangnya yang aku nak tu la yang tak ada, yang aku tak nak tu ada pulak. Kesimpulannya, semoga cepat aku habis belajar kat sini. Cost life tinggi tak masuk akal. Kesian kat mak aku.


Thursday, June 18, 2015

Assalamualaikum.

Selamat menyambut Ramadhan, selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam di dunia. Dah lama aku x update blog ni. Almaklum la, busy. Sem 4 ni memang gila. Isnin sampai Jumaat, penuh pagi sampai petang. Ada yang sampai pukul 5, ada yang sampai pukul 7. Yang sampai pukul 7 tu memang kes dah tak ada pilihan kecuali memang waktu tu je yang kitorang free untuk buat amali makmal. Fuhh… penat beb. Kalau x lepas maghrib, lepas Isyak, tumbang. Pastu bangun awal, study. Alang-alang qiam sekali. Haha.. untungla..