Hai, assalamualaikum. Dah lama x update, dah berabuk bersarang blog
aku ni.
Ok, x nak membebel
panjang2, kali ni nak citer pasal kpop n budak melayu berhijab. Aku tengok
video tu, ya rabbi... x pernah aku rasa sakit hati macam ni. I am not a kpoper,
but in this situation, aku sangat x setuju dengan mereka2 yg menyalahkan artis2
kpop berkenaan. hal ini kerana, (dah macam buat karangan spm la plak) pada aku,
dorang memang x salah. Pempuan2 tu yg bengong merelakan diri dipeluk, dicium.
Aku x sanggup nak tengok video tu sampai habis. aku yg tengok, aku yg malu.
Memang la semua orang buat
salah. Tapi masalahnya, dah la kau berhijab, pastu bleh plak buat drama kat
atas pentas macam tu. Ya Allah... sungguh memalukan. Aku x pernah rasa tercabar
sampai macam ni sekali. First time aku tengok video tu, panassss je hati ni.
Before ni aku x pernah ambik kesah pun pasal kpop ni. Sebab aku x minat dan
memang x nak ambik kisah pun. Ini la kali pertama aku back up dorg. Sebab pada
aku dorang memang x salah.
Mungkin dorang x tau
budaya kita. Tapi dalam kenyataan pihak2 berkenaan, dorang cakap yang artis2 tu
dah tanya, boleh x nak buat macam tu. N dorang yg bagi kebenaran. So nak cakap
apa lagi kan? sudah terang lagikan bersuluh. Pastu tetibe je nak ban
kpop? apekah????? aku bukanlah nak galakkan Malaysia ni teruskan benda2 camni.
Cuma, kalau nak salahkan pihak penganjur 100% memang aku x setuju. Yes, memang
betul, apa yg berlaku adalah di luar kawalan mereka. Kalau betul before konsert
start diorang dah diberi penjelasan, n sebelum semua tu berlaku pun diorang dah
tanya, so memang jelas la siapa yang salah dalam hal ni kan. kalau korang tanya
aku memang aku salahkan perempuan2 tu je. kebangangan terserlah. sakit hati,
macam nak tampar2 je diorang tu. bukannya dorang tu budak2 lagi yg masih x
boleh nak bezakan yang mana salah yang mana betul.
Pada aku, kalau nak
ban artis2 kpop tu dari negara ni, itu mustahil. Satu, sebab dorang memang
ramai peminat kat sini. Bukan sebab aku nak sokong diorang, tapi pada aku itu x
adil sebab bukan salah diorang pun. Kalau dah perempuan ko tadah kat lelaki
macam tu, it can happen not only to the artist, anybody yg bergelar lelaki kat
dunia ni, bukan kpop je. Sama jugak pada artis2 lain x kira la dari negara mana
sekalipun. Aku pun minat jugak jpop, tapi asal tau had, pandai jaga batas
takkan ada masalah macam ni.
Pandangan yang lain
pun betul jugak. Kalau pasal artis kpop peluk perempuan melayu ni satu dunia
nak kecoh sampai nak ban bagai, why not kita betulkan dari dalam. Dalam filem
kita pun banyak je benda2 macam ni. Pakej, suami orang peluk isteri orang. Mungkin
kita x perasan benda ni sebab dah menjadi satu kebiasaan, tapi bila dah jadi
macam ni, baru kita sedar macam mana rosak akhlak anak melayu kita. Kalau yang
kena peluk, cium artis kpop tu perlu bertaubat, yang memang terang2 peluk, cium
isteri, suami orang atas tiket lakonan tu x perlu bertaubat ke? Wake up Malaya.
Lastly, aku harap
benda2 macam ni xkan berulang lagi la. Aku pun manusia biasa yg tak lepas dari
buat salah. Mungkin ada jugak salah aku yg aku x perasan. Yelah, selagi bernama
manusia, mana ada x buat silap. Aku harap, dalam aku minat Bunkface, Arashi,
aku masih boleh kawal diri supaya jangan terlalu taksub dengan benda2 ni semua.
Budak2 perempuan tu pun manusia biasa. Mungkin hari ni hari diorang, esok lusa
mungkin hari aku? mintak dijauhkan. Ambil iktibar dan pengajaran
daripada semua benda yang dah berlaku. Teringin nak hidup dalam suasana Islam
yang sebenar. Kan bagus kalau hudud dilaksanakan kat Malaysia ni. mesti aman
damai je sentiasa.
Sekian, wassalam.
p/s: kepada Bunkface
dan Amy Search, buat yang terbaik dalam final AJL Ahad nanti. You guys are the
best. Ganbattekudasai!